My Photo
Name:
Location: Penang, Malaysia

Elle is pronounced as 'El' as it came from French word meaning 'her'. I'm dumb, I just act like one. So I can see how you try to fool me. It's amusing!

Tuesday, November 30, 2004

Jangan Kedekut Biskut

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki "Tak malunya lelaki ni.....dah la tak minta dariaku....makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!" rungut wanita itu dalamhati.Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang dan bersahaja terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhirterdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu laludipatah dua lantas memberikan separuh daripadanya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya, "Berani sungguh lelaki ni.Memang muka tak malu. Pencuri besar..!" Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. "Jika biskut ni ada dalambeg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi,".....Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya ehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dantidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.....!moral of the story : tak payahlah makan biskut masa tunggu bas/keretapi/kapalterbang...!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home