Stories that tickle

My Photo
Name:
Location: Penang, Malaysia

Elle is pronounced as 'El' as it came from French word meaning 'her'. I'm dumb, I just act like one. So I can see how you try to fool me. It's amusing!

Saturday, January 01, 2005

3 ekor kura-kura

Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura kura) nak gi berkelah bersamasama.Kekura pertama membawa makanan, Kekura kedua membawa minuman,sedangkankekura ketiga tidak membawa apa-apa pun selamber jek lenggang perut.Didalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun dengan lebat nya deras,sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualandi antara mereka.Kekura I : "Ermmm..... salah sekor dari kita mesti balik untuk amik payung.Siapa yang nak pegi ni?"Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.Kekura III : "Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sinilagilah terlambat. Sure nkorang akan bedal mengkanan ni semua."Kekura I & II : "Takk lah. Kita orang tunggu sampai nko datang."Kekura III : "Betul? Kalau aku lambat 1 jam?"Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."Kekura III : "Kalau 3 jam ??"Kekura I & II "Kita orang akan tetap tunggu."Kekura III : "Kalau 1 hari ?? "Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."Kekura III : "3 hari "Kekura I & II :"Kita orang akan tetap tunggu."Kekura III : "4 hari "Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."Kekura III : "1 minggu? "Kura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu."Kekura III : "2 minggu?"Kekura I & II : ""Kita orang akan tetaptunggu."!!!!!!!Enko pegi jek lah"Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & IImenunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. KekuraIII tak jugak balik balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudahtidak dapat menahan lapar.Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni . Kita makanjek lah "Kekura II : "Aku pun dah nak pengsan nih. Jom ahhkiter perabih mengkanan ni"Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak-semak dan berseru " Hoii!!!!!!!!!!!!!!! Nasib baik aku belom pegi lagi... kalau tak sure nkorangabiskan mengkanan ni kan kan????
P/S:JGN INGAT ORG YG SLOW TU TAKDE AKAL HEHEHHEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

akibat malu bertanya

Saya dilahirkan didalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa saya tidaklah sekaya mana tapi masih mampu menyara hidup kami. Saya mempunyai 12 adik-beradik. Saya anak ke 8 dan sudah meningkat menjadi gadis sunti. Abang dan kakak saya semuanya berjaya dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn saya, saya seolah- olah memalukan ibubapa saya. Apa boleh buat. Sebenarnya saya ni cacat, tak cantik dan hitam pulak tu. Dan lebih teruk lagi saya mempunyai penyakit malu yang amat sangat. Saya malu nak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang amat dengan mak abah. Memang malulah hidup saya nih. Hinggakan nak tengok muka saya di cermin pun malu yang amat. Kalau jalan saya pasti menunduk, menunjukkan malunya saya pada tahap kronik. Apatah lagi berhadapan masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je. Tapi mak abah selalu marahkan saya, mereka kata saya tak mensyukuri nikmat tuhan. Tapi malu tu kan anugerah tuhan juga. Disebabkan mak dan abah dah fedap, maka mereka merancang untuk mengahwinkan saya. Apa lagi, meraung la saya. Saya ni kan malu yang amat dasyat. Macam mana nak berhadapan dengan suami pulak nanti? Dah la saya cacat, hitam ditambahkan dengan sifat malu yang menebal, macam mana saya nak hadapi semua tu? Hari ni saya nekad, saya musti berjumpa abah untuk menghalang perkahwinan saya. Apa nak jadi, jadilah!! "Abah kan tahu yang saya ni malu nak berjumpa orang ramai. Lagi abah mahu saya kawin dengan orang lain. Abah tak berperasaan ke?" Tempik aku penuh semangat. "Apa yang kau nak malukan sangat?" Tanya abah saya serius. "Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni kan ke cacat, hidung panjang, hitam pulak tu, gemuk lagi. Malu la saya macam ni." balas aku penuh keyakinan. "Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk, kau tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang la muka macam tu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau!! paham tak tapirrrrr!!!" Lerr... tapir ke saya ni? Patut la saya malu amat sangat. Tapir rupanya saya ni. Ingatkan saya cacat semualajadi. Itulah dia kalau talau tak rajin menanya. Bodoh sungguh saya sampai ke tulang.

MORAL: kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau dimana jua anda berada

Tuesday, November 30, 2004

Jangan Kedekut Biskut

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki "Tak malunya lelaki ni.....dah la tak minta dariaku....makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!" rungut wanita itu dalamhati.Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang dan bersahaja terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhirterdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu laludipatah dua lantas memberikan separuh daripadanya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya, "Berani sungguh lelaki ni.Memang muka tak malu. Pencuri besar..!" Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. "Jika biskut ni ada dalambeg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi,".....Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya ehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dantidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.....!moral of the story : tak payahlah makan biskut masa tunggu bas/keretapi/kapalterbang...!!

Orang gila

Ini adalah cerita benar yang berlaku di sebuah tempat di Kota BharuKelantan. Nama tempat itu terpaksa dirahsiakan untuk menjaga keaiban tempatitu. Ceritanya begini. Pada suatu hari, ada seorang gila cuba hendakmembunuh diri dengan terjun dari tangki air di kampungnya. Maka hebohlahseluruh kampung dan Pasukan Bomba dan Penyelamat dipanggil serta merta untukmemujuk orang gila itu. Tetapi mereka tidak berjaya memujuk orang gila itusupaya turun dari tangki air, termasuklah penduduk kampung tersebut.Ditakdirkan Allah di saat-saat yang genting, seorang hamba Allah telahmencadangkan supaya orang gila lain disuruh memujuk orang gila itu. Secarakebetulan di kampung itu ada lagi seorang gila yang juga member kepada oranggila itu. Orang gila yang disuruh memujuk itu meminta pisau cukur dariseorang tukang gunting dan menghampiri tangki air itu sambil memegang pisaucukur.Dia menjerit dalam Bahasa Kelate, 'Hoi ore gilo, mu turun cepat, kalu mu dokturun, aku tebang tiang taki air nih. Cepat turun, gila ko mu ni'. Makaorang gila yang hendak bunuh diri ni pun berfikir, 'Kalu aku dok turun, diani tebang sungguh nih. Baik aku turun, dia ni bukan buleh wat kira, dia nigila, lamo dia tebang sungguh?. Jadi orang gila itu pun terpaksa membatalkanniatnya untuk bunuh diri.
Moral: Orang gila hanya boleh dilayan dengan orang gila

Puding yang enak

Seorang pencuri sangat pakar merompak bank di mana kepakaran utamanya adalah memecahkan kod rahsia pintu lemari besi.Ia selalu bekerja sendiri tanpa dibantu anak buah atau asistennya.Suatu ketika, ketika di tengah malam dia memasuki sebuah bank yang baru 1 minggu dibuka / dirasmikan. Sebuah lemari penyimpanan dengan nombor rahsia yang paling canggih berhasil dibukanya.Namun ia sedikit hairan kerana di sana tidak terdapat wang sama sekali, melainkan cawan-cawan berisikan puding warna susu. Ruangannya pun dingin sekali.Akhirnya ia memutuskan untuk memakan puding- puding tersebut sebelum membuka lemari besi lainnya. Kerana lapar ia habiskan semua puding di lemari besi pertama. Lemari besi kedua berhasil dibuka, sekali lagi ia terjumpa puding dalam cawan-cawan plastik.Seluruh lemari ada 5 unit, dan kesemuanya berisi puding, dan ia menghabiskan banyak sekali puding. Namun ia dengan kekenyangan pulang ke rumah dan masih agak heran, kenapa bank itu tidak menyimpan wang sama sekali. Atau mereka memang sudah mengetahuinya akan dicuri? Aah biarlah yang penting aku kenyangKeesokan paginya dengan setengah mengantuk ia terbangun kerena suara penghatar surat khabar memasukkan surat khabar ke dalam rumahnya melalui celah jendelanya. Sambil menguap dia membuka surat khabar dan terpaku melihat Head Line di halaman pertama dengan judul bertuliskan dengan huruf yang besar -besar.
BANK SPERMA DIROMPAK

Lelaki buta makan di restoran

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.

Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.
Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang" Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut.

Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi ia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya. Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata,

"Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan."

Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut.


Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Ia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul.

Ia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak di dapur.

Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, kamu usapkan sudu ini di ketiak kamu"

"Apa-apa lah abang ni ?" tanya Yati tak faham.

"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setengah memaksa.

Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiaknya" dan menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta itupun menghidu sudu itu, dengan mengernyitkan keningnya, lelaki buta tersebut berkata,

"Aku tidak sangka betul Yati pun bekerja di sini....... boleh saya jumpa dia?"

Amin: ???????????????????

Moral of the story: Just joking..! Anyway, jangan simpan niat jahat pada seseorang.